RSS

Sejarah SMK TIWA

Latar Belakang SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD(SMK TIWA) BATU GAJAH, PERAK

SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD terletak kira – kira 1 KM dari bandar Batu Gajah menghala ke Tanjung Tualang. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 2 Januari 1965. Pada peringkat permulaan sekolah ini menumpang di Sekolah Menengah Sultan Yusuf, Batu Gajah dengan permulaan 3 kelas dengan 8 orang guru. Ketika itu sekolah ini lebih dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Batu Gajah yang hanya mempunyai tiga buah kelas yang menggunakan pengantar Bahasa Inggeris. Pada Januari 1966 jumlah kelasnya bertambah kepada 15 buah (dengan 20 orang guru) dan tiga kelas daripadanya menggunakan pengantar Bahasa Melayu.

Pada Tahun 1967 sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri di Batu 1, Jalan Tanjung Tualang dan jumlah kelasnya telah meningkat kepada 23 kelas dalam dua sesi pagi (Tingkatan 2 dan 3) dan petang(Kelas Peralihan dan Tingkatan 1) dengan muridnya pelbagai kaum. Bangunan ini telah dirasmikan pada 14 Mac 1969 oleh Menteri Pelajaran Malaysia (pada ketika itu) iaitu YB En. Mohd Khir bin Johari.

Pada tahun 1990 sekolah ini telah menerima kemasukan murid tingkatan empat sebanyak tiga kelas dan kumpulan pertama menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1991.Pada tahun 1994 sekolah ini telah menerima bangunan tambahan satu blok tiga tingkat dan pada tahun 1996 sekolah ini telah menerima kemasukan murid Aliran Sains.

Pada 16.2.1998, sekolah ini telah dinaikkan ke gred A dan pada 1 Jun 2001 sekolah ini telah bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad dan dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdullah Othman, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta. Pada Tahun 2003, sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan dua makmal komputer dan pada tahun berikutnya mata pelajaran elektif Teknologi Maklumat ditawarkan kepada murid tingkatan empat. Pada tahun 2009, sekolah ini telah menerima kemasukan murid Kelas Rancangan Khas tingkatan 1 seramai 23 orang, 2010 (22 orang) dan 2011 (22 orang) dan 2012 (21 orang). Pada 2011 murid sulung Rancangan Khas telah mendudukui Peperiksaan Menengah Rendah dengan pencapaian 100 % lulus dan empat murid mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Pertambahan kemasukan murid ke sekolah ini menyebabkan pihak sekolah merancang pembangunan fizikalnya dan pada tahun 2012 SMK Toh Indera Wangsa Ahmad telah mendapat bangunan baru bentuk kabin dengan enam bilik darjah. Pihak sekolah juga sedang merancang pembinaan sebuah surau bagi keperluan murid menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan Islam.

Kini pihak pengurusan SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD begitu perihatin dengan keperluan fizikal, akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Pelbagai program dirancang bagi mencapai visi dan misi sekolah. Pusat Sumber Sekolah telah diberi keutamaan dalam pembangunannya disamping menjadikan PSS sebagai taman ilmu dengan mewujudkan pelbagai sudut bacaan agar murid sentiasa didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan.

Program Kecemerlangan Akademik merupakan aktiviti utama bagi sekolah ini di samping program kecemerlangan dalam bidang kokurikulum, kesahsiahan dan keceriaan. Hasilnya, SMK TOH INDERA WANGSA AHMAD telah melakar sejarah gemilang dalam bidang akademik dengan peningkatan pencapaian dalam peperiksaan PMR dan SPM. Dalam bidang kokurikulum sekolah ini telah menjuarai sukan silat dan olahraga dan beberapa orang muridnya mewakili daerah dalam pertandingan bola sepak, bola baling dan merentas desa.

Bilangan staf akademik pada tahun ini ( 2012 ) ialah seramai 103 orang manakala staf sokongan pula seramai 13 orang. Bilangan pelajar pula ialah seramai 1538 orang.

Pengetua sekolah ini seperti yang berikut :
1. En. Sohan Singh a/l Amar Singh 1965 – 1974
2. En. Mohd Radzi b. Kassim 1974 – 1979
3. En. Mohd Sani b. Uda Sahid 1979 – 1982
4. En.Ismail b. Hj. Zakaria 1982 – 1991
5. En. Mohd Hafizi b. Abdullah 1991 – 1992
6. Pn. Hjh. Ramlah bt. Hj. Tahir 1992 – 1993
7. En. Yaacob b. Abdul Hamid 1993 – 1995
8. Tn. Hj. Zamzuri b, Othman 1995 – 1996
9. Tn. Hj. Hurairi b. Hj. Abd. Rahim 1997 – 2000
10. Tn. Hj. Kamarulzaman b. Hashim2001 – 2005
11. Tn. Hj. Soria Hidayat b, Mohammad 2006 – 2009
12. Pn. Hjh. Azizah bt. Abd. Rashid 2009 – sekarang

================================

2 Januari 1965

Sekolah Menengah Rendah Batu Gajah ditubuhkan dengan menumpang Sekolah Menengah Sultan Yussuf, Batu Gajah. Pada peringkat awal penubuhannya hanya terdapat 3 buah kelas penghantar Bahasa Inggeris

—————————————————————————————————————–

Januari 1966

Sekolah ini masih menumpang di Sekolah Menengah Sultan Yussuf, tetapi jumlah kelas menjadi 15 buah kelas penghantar Bahasa Inggeris dan 3 buah kelas penghantar Bahasa Melayu. Jumlah guru bertambah kepada 20 orang

——————————————————————————————————————

Januari 1967

Bangunan baru Sekolah Menengah Rendah Batu Gajah telah siap dibina di Batu 1, Jalan Tanjong Tualang yang mempunyai 23 buah kelas dan jumlah guru meningkat kepada 35 orang

——————————————————————————————————————-

14 Mac 1969

Bangunan sekolah telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd. Khir Bin Johari, Menteri Pelajaran Malaysia

——————————————————————————————————————–

Tahun 1990

Sekolah ini menjadi sekolah menengah penuh apabila kelas Tingkatan 4 telah dibuka

——————————————————————————————————————-

Tahun 1991

Kumpulan pertama sekolah ini menduduki Peperiksaan Malaysia

——————————————————————————————————————-

Tahun 1994

Pembinaan bangunan tambahan 1 blok tiga tingkat

——————————————————————————————————————–

14 Julai 2001

SMK Toh Indera Wangsa Ahmad dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah Bin Othman, AMN, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta bersempena nama seorang kenamaan iaitu YM. Toh Indera Wangsa Ahmad (Orang Besar Perak)

——————————————————————————————————————–

Tahun 2009
Memulakan Kelas Rancangan Khas

——————————————————————————————————————–

Januari 2012
Mendapat dua bangunan baru berbentuk kabin dengan enam kelas

 

Comments are closed.