RSS

Biografi Toh Indera Wangsa Ahmad

TOH INDERA WANGSA AHMAD

Nama penuh Toh Indera Wangsa Ahmad ialah Ahmad b. Taib. Beliau diputerakan pada tahun 1862 di Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Pada tahun1875, ketika berusia 13 tahun, beliau telah berhijrah ke Batu Gajah untukmemperbaiki taraf kehidupannya./p>

 

Beliau mula berkhidmat sebagai kerani di Pejabat  Pentadbiran British di Batu Gajah, bersama-sama rakan-rakannya Mat Saman, kerani Wahab dan kerani Mat Noh. Mereka telah melibatkan diri dalam perusahaan perlombongan bijih timah dan mempunyai lombong sendiri di kawasan Batu Gajah. Mereka juga berpeluang mempunyai kawasan tanah yang luas di sekitar Batu Gajah. Oleh kerana beliau menjawat jawatan kerani di Pejabat Pentadbiran British, beliau diberi gelaran “Kerani Ahmad”. Beliau pernah menjadi Pegawai Perlesenan di Teluk Anson (kini dikenali sebagai Teluk Intan) dan menjawat jawatan Penghulu di Gopeng, Perak. Beliau juga bersahabat rapat dengan pengusaha lombong Cina yang kaya di daerah Kinta seperti Ah Chong dan Eu Tong Seng. Oleh kerana itu, beliau berpeluang berdamping rapat dengan Sultan Perak dan dianugerahkan gelaran Orang-orang Kaya Delapan Perak yang membawa gelaran T0h Indera Wangsa Ahmad oleh Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak ketika itu.

 

Walaubagaimanapun, sebagai pembesar Melayu, beliau tetap mempunyai pengarurh yang besar dalam kalangan penduduk tempatan. Beliau telah membina sebuah rumah batu yang besar di Jalan Changkat. Pada zaman darurat, rumah beliau dijadikan markas ‘Home Guard, daerah Batu Gajah. Kini tapak tersebut telah menjadi Bangunan Tenaga Nasional. Salah seorang  puteri beliau telah berkahwin dengan Sultan Yussuf dan bergelar Toh Puan Besar Hatijah iaitu bonda kepada D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Azlan Shah.

 

Toh Indera Wangsa Ahmad tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi sangat minat membaca dan mempunyai pengalaman yang luas. Beliau juga seorang pelupur dalam bidang pendidikan anak-anak Melayu di Batu Gajah. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 1hb November 1923 pada usia 61 tahun. Masyarakat Batu Gajah telah kehilangan seorang tokoh yang banyak berjasa dalam membangunkan bandar dan masyarakat Batu Gajah.

 

Comments are closed.