RSS

PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN RAMADAN.

03 Aug

1) Perang Badar Al-Qubra
-Perang Badar terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke-2H setelah hijrah
-sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan Kubu al-Bathil

2) Peristiwa Nuzul al-Quran
-berlaku pada Jumaat, 17 Ramadhan tahun ke-41H (6 Ogos 610M)
-perkataan “nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah
-merupakan peristiwa turunnya ayat pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W

3) Persiapan tentera Islam menghadapi Perang Khandaq/Ahzab
-Salman al-Farisi (sahabat Rasullah S.A.W) mencadangkan supaya digali parit di sekitar Kota Madinah.
-Kemudian Rasullah bersama kaum Muslimin keluar ke Kota Madinah dan berkhemah di lereng Gunung Sila dengan membelanginya.
-Mereka mula menggali parit untuk memisahkan dengan musuh.
-Jumlah kaum Muslimin 3000 orang manakala kaun Quraisy 10000

4) Perang Tabuk
-berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9H (Oktober 631M) dalam cuaca yang panas terik, Tabuk merupakan padang pasir yang kering kontang
-merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad S.A.W
-Setelah perang tamat tentera Islam berjalan pulang ke Madinah di bulan Ramadhan dengan selamatnya tanpa seorangpun yang terkorban.

5) Pembukaan Kota Mekah
-Berikutan perlanggaran perjanjian Hubaidiyah oleh kaum Musyrikin Mekah, Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam mengambil keputusan untuk menyerang dan memasuki Kota Mekah.

6) Tertawannya Garis Bar Lev, Israel.
-Jun 1967 berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu, Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Israel (di utara) serta Semenanjung Sinai, Mesir (di selatan) sehingga ke Terusan Suez.
-Selepas itu Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan.
-1971 Israel memperuntuk USD500 juta untuk membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamakan GARIS BAR LEV sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
-Israel bermegah dengan dakwaan tidak akan ditawan kerana mempunyai kekebalan pertahanan dan peralatan teknologi yang canggih. Namun tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel.

7) Perang Ain Jalut
-Pada 15 Ramadhan 658H bersamaan 1260M angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas.
-Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Monggol menguasainya.Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut.
-Tentera Islam menang dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen (Leftenan Kristian) memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh.
-Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa kerana Mongol terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

8) Kekalahan Tentera Salib
-Perang Hittin (perang besar dalam sejarah Islam) dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan kepada Salahudin. Reynald dihukum bunuh dan Guy dibawa ke Jerusalem.
-Selepas lima hari pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce, kemudian Gaza hingga Jubayl pada awal September 1187.
-Pada Jumaat 2 Okt 1187, Salahudin berjaya menawan Jerusalem, jatuhnya Jerusalem merupakan kejayaan besar kepada Salahudin semasa Perang Salib.

9) Perluasan negara Islam di Andalus
-Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada Wilayah-wilayah Bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam bermula tahun 711M hingga 1492M.
-Pada 28 Ramadhan tahun ke-92H, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar untuk menawan Andalus.

10) Pembebasan Sinai

 
Leave a comment

Posted by on 03/08/2012 in Secalit Pena

 

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: