RSS

Wang RM100.00 & RM1.00

31 Jul

Sama-sama dihasilkan dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Setelah sekian lama mereka bersama maka berpisahlah mereka dari Bank dan masing-masing beredar ke tangan masyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian di antara kedua duit tersebut terjadilah perbualan. Si RM100.00 bertanya kpd Si RM1.00, “Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau busuk?” RM1.00 menjawab, “Kerana selepas aku keluar dari Bank aku terus di tangan orang-orang bawahan dari penarik  beca, penjual sayur, penjual ikan dan di tangan si pengemis” Lalu Si RM1.00 bertanya balik kpd Si RM100.00, “Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?” Dijawabnya, “Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, dan aku singgah ke restoran mahal, di mall & juga hotel-hotel berbintang serta keadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet”

Lalu Si RM1.00 bertanya lagu, “Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?” Dijawabnya, “tidak pernah” Si RM1.00 pun berkata lagi, “Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan di tangan anak-anak yatim, bahkan aku selalu bersyukur kepada TUHAN. Aku tidak dipandang pada sebuah nilai, tetapi kepada manfaat

Akhirnya menangislah Si RM100.00 kerana sombong dengan kehebatannya, dengan nilai yang tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Jadi janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya digunakan untuk memuliakan TUHAN. Justeru itu, kekayaan bukanlah untuk kesombongan!!
Renung-renungkanlah.. Fikir-fikirkanlah….

 
Leave a comment

Posted by on 31/07/2012 in Secalit Pena

 

Komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: