RSS

Pertandingan ICT Duniaku 2012

15 Mar

loading...

Info Pertandingan ICT Duniaku

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Perak. Pelajar dikehendaki untuk bekerja dalam kumpulan (2-5 orang) untuk menyertai pertandingan ini. Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan salah satu daripada berikut:

Video
Pelajar dikehendaki untuk merakam video yang bertemakan “Sekolah Saya”. Skop video perlu berkaitan dengan sekolah atau mana-mana subjek yang diambil di sekolah, contohnya: Sains, Sejarah, dan sebagainya. Durasi video harus terhad kepada tidak lebih daripada 3 minit. Ia boleh menjadi gambar bergerak atau animasi.

Web
Mewujudkan sebuah laman web untuk sekolah anda untuk menyelesaikan masalah tertentu yang kini dihadapi oleh sekolah. Laman web juga perlu menampilkan aplikasi yang berfungsi untuk memudahkan tugas-tugas tertentu. Laman web perlu diwujudkan dengan Sistem Pengurusan Kandungan Sumber Terbuka seperti WordPress, Joomla!, dan sebagainya.

Cara-cara menyertai pertandingan:

1. Kategori video

Langkah 1:
Rakam video anda dan jalankan kerja suntingan.
Ingat! Panjangnya mestilah kurang dari 3 minit!

Langkah 2:
Muatnaik video anda di Youtube.com. Anda perlu mewujudkan satu akaun dalam Youtube untuk melakukan ini.

Langkah 3:
Isikan borang penyertaan peraduan dan sertakan pautan video anda pada borang tersebut (contohnya: http://www.youtube.com/watch?v=hLdKsKep1og)

2. Kategori Web

Langkah 1:
Buat akaun perkhidmatan hosting cms (contohnya: WordPress, Joomla! dan sebagainya!)

Langkah 2:
Cipta rekabentuk dan bangunkan laman web anda dan terbitkan laman web itu menggunakan perkhidmatan hosting cms.

Langkah 3:
Isikan borang penyertaan peraduan dan sertakan pautan laman web anda pada borang tersebut (contohnya: http://smkas.worpress.com)

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 30 APRIL 2012

loading...

 
Comments Off on Pertandingan ICT Duniaku 2012

Posted by on 15/03/2012 in Secalit Pena

 

Comments are closed.