RSS

Lawatan Penanda Aras ke SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

03 Apr

Satu Lawatan Penanda Aras ke SMK Sultan Sulaiman (SMKSS), Kuala Terengganu telah diadakan pada 1hb – 3hb April 2011. Lawatan 3 hari 2 malam itu bertujuan meninjau program-program yang telah dianjurkan oleh SMKSS sehingga berjaya mencapai kejayaan bergelar Sekolah Kluster Sukan.

Berkumpul

bas

Rombongan dianggotai seramai 44 orang iaitu 25 orang pelajar 3RK dan selebihnya adalah guru-guru. Bertolak dari SMK TIWA pada jam 10:00 pagi dan tiba di Kuala Trengganu pada jam 8:00 malam. Penginapan malam pertama adalah di Nurul Husna Homestay, Pantai Batu Buruk. Kediaman yang ditawarkan amat memuaskan hati bersesuaian dengan harga yang ditawarkan.

husna

Pagi hari kedua ahli rombongan menikmati sarapan pagi di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Sememang semua mencari-cari nasi dagang yang begitu lazat dinikmati bersama teh ataupun kopi. Selesai bersarapan, rombongan bertolak ke Pusat Tamadun Islam Terengganu. Semuanya terasa teruja dengan replika 23 buah masjid terbaik di dunia. Selesai dibawa oleh pengangkutan tram, semua peserta rombongan menikmati juadah tengahari di restoran yang disediakan. Seterusnya para peserta meneruskan langkah lawatan ke Masjid Kristal. Terpukau mata melihat kilauan kristal yang bertakhta sekitar binaan masjid tersebut.

sarapan

kristal

kristal2

Bagi meneruskan lagi aktiviti lawatan, kami singgah pula di Muzium Negeri Terengganu. Muzium berkeluasan 27 hektar itu memakan masa separuh hari untuk lawatan penuh. Bangunan muzium pula tersergam indah dengan seni binaan tradisional Melayu. Ada yang melawat ruang-ruang pameran yang disediakan, ada pula yang menghabiskan masa dengan mewarnakan batik lukisan tangan. Seterusnya para peserta lawatan sekali lagi menjejaki Pasar Payang bagi memenuhi hasrat untuk membeli belah memandangkan kedatangan pada  waktu pagi tadi, banyak kedai yang masih belum dibuka. Tentulah kain batik yang berwarna-warni memukau mata menjadi pilihan guru-guru, manakala murid-murid pula asyik dengan ‘teddy bear’ dan t’shirt serta lain-lain bahan cenderemata.

payang

payang2

Tepat jam 4:45 petang, para peserta rombongan bergerak ke lokasi destinasi lawatan iaitu SMK Sultan Sulaiman. Kami tiba pada jam 5:00 petang, kawasan sekitarnya amat luas iaitu 44.4 hektar. Setibanya kami di sana, kami disambut dengan baiknya oleh PK KOKU dan PK HEM, seterusnya kami diberikan taklimat terutamanya murid-murid yang akan bermalam di asrama tentang undang-undang penghuni asrama. Pada malam tersebut murid-murid SMK TIWA berpeluang menyertai kelas tambahan yang dijalankan oleh guru-guru SMK SS. Mereka berasa amat bertuah sekali.

ss1

ss2

Pada pagi Ahad, sesi lawatan rasmipun bermula. Semua pesrta rombongan diberikan penerangan yang panjang lebar tentang kejayaan-kajayaan SMK SS dan seterusnya dibawa mengelilingi sekitar sekolah melihat sendiri sekitarnya. Selepas jamuan minum pagi, kami pun bertolak pulang. Dalam perjalanan balik, kami sempat singgah di pekan Losong bagi membeli keropok lekor yang amat sedap terbaik dari ladang. Setelah selesai beurusan, tepat jam 12:00 tengahari rombongan kami bertolak pulang, dan selamat tiba kembali ke SMK TIWA pada jam 11:00 malam.

ss3

ss4

ss5

ss7

ss8

 
Comments Off on Lawatan Penanda Aras ke SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Posted by on 03/04/2011 in Secalit Pena

 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: