RSS

Tazkirah Jumaat…Kesilapan Menutup Wanita AURAT

02 Sep

KESILAPAN dalam penutupan aurat wanita hari ini. Antaranya ada 10 perkara. Baca dan hayati :

1. Aurat itu adalah hanya memakai tudung sahaja.

2. Bertudung, tetapi berkemeja -T- lengen pendek.

3. Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

4. Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan – kawasan mudah ‘menggoda’.

5. Bertudung, tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

6. Bertudung, tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

7. Bertudung, tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada tertutup.

8. Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ini tidak tepat sama sekali.

9. Bertudung, tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

10. Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya, tetapi memanja – manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.

 
Comments Off on Tazkirah Jumaat…Kesilapan Menutup Wanita AURAT

Posted by on 02/09/2010 in Secalit Pena

 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: