RSS

Majlis Perpisahan Pn Hjh Arbaiyah Untong

25 Aug

Pada 25hb Ogos 2010, satu Majlis Perpisahan Pn Hjh Arbaiyah Untong yang dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Petang di SMK ST. BERNADETTE’S CONVENT, Batu Gajah, Perak. Majlis berlangsung kira-kira 1 jam dihadiri oleh YDP PIBG SMK TIWA serta guru-guru dan murid-murid. Moga Pn Hjh Arbaiyah lebih berjaya di tempat baru nanti.

Arbaiyah

Biodata Puan Arbaiyah Bt Untong
Pn. Hjh Arbaiyah binti Untong dilahirkan pada 18/06/1964 di Selangor, merupakan anak ke 7 daripada 9 adik beradik. Mendapat pendidikan menengah di SMK Sg. Besar, Selangor, beliau meneruskan pengajian dalam bidang Matematik di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Mula menjawat jawatan guru pada tahun 1988 di SMK Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak. Seterusnya pada 1990 beliau bertukar ke SMK Seri Serdang, Serdang, Selangor. Pada 1995 bertukar pula ke SM Ibrahim, Sg. Petani, Kedah sehingga 1999 beliau bertukar lagi ke SMK Sg. Besi, Kuala Lumpur. Pada tahun 2004 beliau bertukar pula ke SMK Tronoh, Tronoh, Perak sehingga September 2005. Kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Teknik dan Vokasional di SMK TIWA. Bakti budinya dicurahkan di SMK TIWA sehinggalah beliau sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Petang di SMK ST. BERNADETTE’S CONVENT pada Ogos 2010.

Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang (Melintang) pada tahun 2001 dan 2007.

Telah berumahtangga dengan Hj Alias b Ali Ismail dan dikurniakan 4 cahayamata iaitu:
1. Muhd Albukhari Alias (Jurusan Undang-undang UITM Shah Alam).
2. Noor Aliah Alias (A-Level Kolej KYUEM, Lembah Beringin)
3. Noor Aisyah Alias (MRSM Kuantan)
4. Muhd Amin Imran Alias (SRA Alhidayah, Ipoh)

 
Comments Off on Majlis Perpisahan Pn Hjh Arbaiyah Untong

Posted by on 25/08/2010 in Aktiviti

 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: