RSS

PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA

12 Aug

SELAMAT BERPUASA dan semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat semua.

Kalau hendak mengurangkan rasa lapar dan dahaga semasa bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam . Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul . Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal . Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.

Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur , makan buah kurma 7 biji . Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi.

Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas , seperti buruh kasar dan sebagainya.

SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita . Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

Tambahan:
Al-Hadith
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”. (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Huraian :

1. Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang
sudah kering.

2. Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau kurma atau meminum air biasa jika ketiadaan kurma. Inilah tertib yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

3. Hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.

4. Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.

 
Comments Off on PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA

Posted by on 12/08/2010 in Secalit Pena

 

Comments are closed.

 
%d bloggers like this: